Home » Langit Terbuka » Korea Utara dalang virus ‘Ransomware’?

Korea Utara dalang virus ‘Ransomware’?

WASHINGTON, 17 Mei – Korea Utara kini mula dikaitkan dengan serangan serangan siber global WannaCry ‘Ransomeware’ berdasarkan penemuan sepasukan penyelidik kawalan siber di dua buah syarikat pengeluar perisian terkemuka, Symantec dan Kaspersky Lab.

Menurut kedua-kedua syarikat itu, kumpulan penyelidik menemui beberapa kod versi awal perisian WannaCry dalam program digunakan kumpulan Lazarus yang dikenal pasti sebagai sebuah operasi penggodam Korea Utara.

“Penemuan itu merupakan petunjuk terbaik yang boleh dikaitkan dengan asal usul virus WannaCry setakat ini,” kata seorang penyelidik Kaspersky Lab, Kurt Baumgartner.

Bagaimanapun, kedua-dua syarikat itu berkata, masih terlalu awal untuk menuduh Pyongyang terbabit dengan serangan siber itu.

Symantec dan Kaspersky Lab memberitahu, mereka akan menjalankan kajian dengan lebih teliti terhadap kod berkenaan.

Sementara itu, beberapa pegawai keselamatan Amerika Syarikat dan Eropah juga berpendapat masih terlalu awal untuk menuduh Korea Utara sebagai dalang di sebalik serangan itu, namun mereka tidak menolak pembabitan negara tersebut dalam hal itu.

Sejak Jumaat lalu, sebanyak 300,000 komputer di 150 negara telah terjejas akibat serangan siber berkenaan. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *