Home » Langit Terbuka » Jaheaik cadang tubuh institusi khas jaga solat

Jaheaik cadang tubuh institusi khas jaga solat

KOTA BHARU, 22 Mei – Kerajaan disyor untuk menubuhkan institusi solat sebagaimana haji dan zakat bagi memastikan penghayatan masyarakat lebih serius.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, langkah berkenaan begitu penting kerana ia merupakan Rukun Islam.

“Kita mencadangkan satu institusi ditubuh yang memberi fokus khusus kepada solat sepertimana diinstitusikan ibadat haji dan zakat.

“Jika ia dapat dilakukan, kita yakin bahawa solat mampu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam masyarakat sekarang,” katanya pada sambutan Bulan Solat dan Ambang Ramadan di Kompleks Balai Islam Lundang Kota Bharu.

Che Mohd Rahim berkata, masalah sosial yang berlaku dikesan berpunca daripada pengabaian solat.

Justeru, beliau berkata, keraajan negeri sedang berusaha melaksanakan sambutan Bulan Solat sejak dahulu sehingga sekarang bagi merealisasikan hasrat tersebut.www.ismaweb.net

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *