Home » Langit Terbuka » Penyerang Manchester dikenali sebagai Salman Abedi berketurunan Libya

Penyerang Manchester dikenali sebagai Salman Abedi berketurunan Libya

LONDON, 24 Mei – Polis menamakan seorang pemuda berketurunan Libya, Salman Abedi, 22 tahun, sebagai pengebom yang meletupkan dirinya di konsert Ariana Grande di Manchester, membunuh 22 penonton dan mencederakan puluhan yang lain.

Pada masa yang sama penyiasat meneruskan buruan terhadap beberapa individu yang disyaki ada hubungan dengan penyerang, kata polis London, hari ini.

Dilahirkan di Manchester pada 1994, Salman adalah anak kedua daripada empat beradik dan ibu bapanya adalah pelarian Libya yang datang ke United Kingdom, lapor media British.

Laporan yang tidak disahkan mengatakan semua ahli keluarganya, kecuali dua anak lelaki, telah pulang ke Libya.

Kumpulan militan IS semalam, mengaku bertanggungjawab dalam serangan malam kelmarin, tetapi pengintip Amerika Syarikat (AS) tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan itu.

Sementara itu, polis Britain menyerbu dua kawasan di utara England, mematikan satu bahan letupan di salah satu kawasan dan dan menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun di lokasi ketiga.

Perdana Menteri Britain, Theresa May dan polis berkata, Salman maut dalam serangan di Arena Manchester – sesuatu yang tidak diperkatakan oleh IS dalam dakwaan mereka, dan bercanggah dengan kejadian yang dinyatakan oleh pegawai British. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *