Home » Citra Yadim » YADIM Utara giat anjur street dakwah

YADIM Utara giat anjur street dakwah

SUNGAI PETANI 20 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan siri-siri program Bicara Santai @ Street Dakwah sepanjang Ramadan ini bagi menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada masyarakat dengan meluas secara santai.

Pengurus Eksekutifnya, Hafsah Husain berkata, program berkenaan telah diadakan bermula 1 Jun bertempat di Star Parade, Alor Setar dengan menampilkan penceramah Ustaz Lutfi Amir dan membawa tajuk `Aku Ingin Bahagia”.

Beliau berkata, program ini telah berjaya menarik penyertaan pelbagai pihak termasuk kakitangan kerajaan, ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta masyarakat awam.

“Bersesuain dengan konsep santai yang diketengahkan melalui program ini, para peserta juga dihiburkan dengan persembahan Young Buskers yang menyanyikan lagi berkonsepkan ketuhanan,’’ katanya.

Beliau berkata, pada 8 Jun program Bicara Santai@Street Da’wah telah diadakan sekali lagi di Star Parade,Alor Setar,Kedah., dan kali ini ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Wan Hizan  Abdullah dengan membawa tajuk `Kunci Orang Beriman’.

“Secara ringkasnya, ceramah beliau menyentuh rasa bahagia apabila diri merasa mempunyai tuhan, itulah keimanan kita iaitu dengan mempercayai secara mutlak dan tanpa ragu Allah tuhan semesta alam yang mengatur segalanya,’’ katanya.

Menurutnya, pada 15 Jun iaitu minggu ketiga, program Bicara Santai@Street Da’wah diadakan dan pada siri berkenaan tajuk  yang diutarakan adalah `Cinta dan Air Mata’ yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Azraie.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *