Home » Langit Terbuka » Sebat di khalayak hanya untuk orang Islam Kelantan – Zahid

Sebat di khalayak hanya untuk orang Islam Kelantan – Zahid

KUCHING, 13 Julai (Bernama) — Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata pindaan itu hanya memberikan implikasi kepada orang Islam sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam di Kelantan.

“Saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai butirannya namun saya fikir apa yang dilakukan oleh mereka itu harus dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di Kelantan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas pindaan tersebut antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari di Sarawak.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Sri Aman.

Mengulas lanjut, timbalan perdana menteri berkata kerajaan negeri Kelantan berhak untuk mengemukakan pindaan rang undang-undang itu di DUN kerana mereka mempunyai suara majoriti.

“Bagaimanapun biarpun pindaan tersebut sudah diluluskan ia masih tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk pelaksanaan,\” katanya.

RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan,

Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan diluluskan sebulat suara.- BERNAMA

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *