Home » Langit Terbuka » Malaysia baiki kedudukan indeks keamanan

Malaysia baiki kedudukan indeks keamanan

JERANTUT 27 Ogos – Malaysia menduduki tempat ke-29 tahun ini berbanding tangga ke-30 tahun lepas daripada 163 negara yang disenaraikan dalam Indeks Keamanan Global (GPI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, pencapaian itu dilihat mampu memberikan imej baik kepada negara walaupun memperbaiki hanya satu anak tangga dalam kaji selidik terbitan Institute of Economics and Peace (IEP), yang bertujuan mengukur keamanan di peringkat global.

“Ini menunjukkan ekonomi negara masih berada dalam keadaan baik sehingga kurangnya berlaku kes-kes jenayah mahupun keganasan yang boleh menjejaskan keamanan dan kedamaian dalam kalangan masyarakat,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pahang 2017.

Turut hadir Anggota Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Baharin Idris.

Kurup berkata, kestabilan negara juga disumbang oleh sikap masyarakat majmuknya yang amat cintakan kedamaian  dan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang kekacauan.

“Masyarakat kita lebih suka hidup dalam suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bersama membangunkan ekonomi negara,” katanya.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan itu, beliau berharap rakyat terus mengamalkan kehidupan harmoni di samping mengibarkan bendera Malaysia sebagai lambang taat setia kepada negara. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *