Home » Langit Terbuka » Bangladesh musnahkan 20 bot bawa pelarian Rohingya

Bangladesh musnahkan 20 bot bawa pelarian Rohingya

SHAH PORIP DWIP 5 Okt. – Pihak berkuasa Bangladesh telah memusnahkan kira-kira 20 bot yang mengangkut pelarian Rohingya ke sempadan negara itu, kerana didakwa disalahgunakan oleh penyeludup untuk membawa masuk dadah.

Memetik laporan Reuters, pengawal sempadan negara itu juga menangkap penumpang bot berkenaan yang tiba di sini pada malam Selasa lalu.

Komander Border Guards Bangladesh (BGB), Leftenan Kolonel Ariful Islam bagaimanapun menafikan bahawa berlaku kekasaran antara pihak berkuasa dan penumpang bot terbabit.

Sebaliknya jelas beliau, ia adalah sebahagian daripada tindakan keselamatan terhadap jenayah penyeludupan manusia, dadah jenis methamphetamine dan ubat yang dikenali sebaga ‘ya ba’.

“Bot-bot terbabit cuba menyeludup masuk penumpang yang tidak sepatutnya,” katanya.-  Agensi

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *