Home » Citra Yadim » YADIM anjur `Sungai Tiram Berselawat’

YADIM anjur `Sungai Tiram Berselawat’

PADA 11hb Disember 2017 bersamaan 22 Rabiulawal 1439H lalu telah berlangsung program Bingkisan Ilmu: Sungai Tiram Berselawat bertempat di  Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Johor.

Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Tiram, Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Tiram dan Ahli Sunnah Research Group (ARG) Johor Bahru.

Kira-kira 250 penduduk dari pelbagai lapisan hadir memeriahkan program ini yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tiram, Dato Maulizan Bujang.

Lebih istimewa, program ini menampilkan penceramah terkenal dari Singapura, Ustaz Imran Angullia Al-Hafidz yang mengupas sirah Rasulullah dan mengapa umat Islam hari ini harus memperingati baginda.

Secara ringkas, program ini bertujuan memperingati sirah Nabi Muhammad SAW dan mengambil iktibar daripada pengorbanan baginda.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *