Home » Langit Terbuka » Guru disiasat kerana didakwa hina islam di Facebook

Guru disiasat kerana didakwa hina islam di Facebook

Miri, 17 Dis. – Seorang guru sekolah rendah di sini disiasat oleh polis kerana dipercayai memuat naik satu komen di Facebook yang dikatakan telah menghina umat Islam ketika memberikan komen berkaitan Islam dan Baitulmuqqadis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata setakat ini dua laporan polis dibuat di Kuching dan di sini selepas komen guru lelaki itu menjadi tular.

“Kami sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menggunakaan nama Raph Binsing dan akan memanggilnya untuk soal siasat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 505 (c)  Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran terhadap awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mendatangkan khianat awam.

Komen Raph Binsing mengenai Islam dan pengiktirafan Baitulmuqaddis oleh Amerika Syarikat sebagai ibu negara baharu Israel telah mengundang kemarahan netizen.

Sementara itu, semasa mengakses akaun Facebook itu, didapati pemiliknya telah memohon maaf atas komen itu dan menyatakan rasa kesal kerana menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk rakan-rakan dan sanak saudaranya.

Katanya, beliau telah menyerahkan diri kepada polis.

– BERNAMA

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *