Home » Langit Terbuka » 7,000 hadir Majlis Negeri Sembilan Berselawat

7,000 hadir Majlis Negeri Sembilan Berselawat

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Negeri Sembilan Berselawat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, malam ini. Foto : Berita Harian

SEREMBAN13 Jan. – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Negeri Sembilan Berselawat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, malam tadi.

Yang turut mencemar duli, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Program anjuran kerajaan negeri sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz yang ke-70 itu dimulai dengan bacaan Asmaul Husna, doa serta qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis bermula jam 9 malam yang dihadiri lebih 7,000 orang itu turut menampilkan tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf dan Syeikh Abd Razak Al Masri.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan EXCO kerajaan negeri. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *