Home » Langit Terbuka » Bank Muamalat, bank Islam pertama ahli GABV

Bank Muamalat, bank Islam pertama ahli GABV

DAVID K. KORSLUND (kiri) menyerahkan sijil pengiktirafan ahli GABV kepada Mohd. Munir Abdul Majid di Kuala Lumpur, semalam.– FOTO : themalaysianreserve.com

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) diumumkan sebagai bank Islam pertama di dunia dan Asia Tenggara yang menjadi ahli terbaharu rangkaian perbankan Global Alliance for Banking on Values (GABV).

Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abdul Majid berkata, keahlian Bank Muamalat dalam rangkaian bank berasaskan nilai-nilai terkemuka di dunia itu membolehkannya menjalankan tanggungjawab yang lebih besar bagi mempengaruhi perubahan sosial rakyat di negara ini.

“Sebagai sebuah bank Islam, Bank Muamalat menggalas tanggungjawab besar untuk mempengaruhi perubahan sosial dan mewujudkan nilai kepada rakyat lebih daripada sekadar menjalankan aktiviti perbankan yang berorientasikan keuntungan,” katanya pada majlis pengumuman pengiktirafan rasmi Bank Muamalat sebagai ahli GABV di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Kanan GABV, David K. Korslund dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid.

Tambah Mohd. Munir, penyertaan Bank Muamalat sebagai ahli baharu GABV juga turut mencerminkan permintaan yang sema­kin bertambah bagi pergerakan perbankan berasaskan nilai. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *