Home » Langit Terbuka » Kemas kini maklumat terkini pendeposit TH

Kemas kini maklumat terkini pendeposit TH

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah.

KUALA LUMPUR 19 Jan. –  Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati pendeposit mengemaskini profil peribadi bagi mengelakkan tidak menerima surat tawaran haji berikutan bertukar alamat.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah, berkata ketika ini jumlah pendeposit TH ialah seramai 9.3 juta orang, namun hanya 2.9 juta pendeposit membuat pengemaskinian profil peribadi.

“Saya berharap pendeposit TH mengambil perhatian dan tindakan susulan bagi memastikan kelancaran penyaluran sebarang maklumat penting daripada kami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pendeposit boleh mengemaskini maklumat berkaitan seperti alamat, nombor telefon dan melakukan penamaan waris di mana-mana Pejabat Cawangan TH, Pusat Perkhidmatan TH dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Mereka juga boleh perkara sama di kaunter Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik, di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, pendeposit boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-6207 1919. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *