Home » Langit Terbuka » Lelaki Hina Islam, Melayu Dalam FB Ditahan

Lelaki Hina Islam, Melayu Dalam FB Ditahan

JELEBU: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di rumahnya di Simpang Durian di sini, awal pagi tadi, kerana dipercayai memuat naik status yang menyinggung perasaan umat Islam dalam laman Facebook miliknya.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata suspek ditahan jam 1.30 pagi berikutan laporan polis dibuat seorang guru berusia 53 tahun kira-kira dua jam sebelum itu.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit bersama dua kad sim daripada suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah harta benda.

“Dia direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini, hari ini.

Selain dipercayai menghina agama Islam, beliau berkata, suspek didakwa melakukan provokasi terhadap orang Melayu melalui statusnya dalam laman sosial itu. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *