Home » Langit Terbuka » Indonesia pertimbang larang semua hubungan seks luar nikah

Indonesia pertimbang larang semua hubungan seks luar nikah

Bangunan Parlimen Indonesia.

JAKARTA 29 Jan. – Parlimen Indonesia merangka semakan dicadangkan ke atas kanun jenayah negara itu yang akan melarang semua hubungan seks sukarela di luar ikatan perkahwinan.

Langkah itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis yang berkata, ia melanggar hak asasi dan akan disalah guna untuk menyasarkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Jawatankuasa Parlimen yang merangka cadangan untuk mengubah kanun jenayah sejak zaman penjajahan Belanda, masih perlu memuktamadkan cadangan itu.

Namun, draf berkenaan meliputi langkah menjadikan seks luar nikah, hubungan sama jenis dan bersekedudukan, yang tidak dipantau undang-undang sebelum ini, sebagai jenayah.

Zina memang dianggap jenayah di Indonesia, negara paling ramai umat Islam di dunia.

Bulan lalu, Mahkamah Perlembagaan mengundi menolak petisyen sama difailkan Family Love Alliance, antara kumpulan konservatif di belakang langkah mendesak perundangan itu dibawa ke Parlimen.

“Kebenarannya ialah majoriti agama di Indonesia memegang nilai yang sama, jadi semakan ini mewakili majoriti dan semua budaya di Indonesia,” kata jurucakap pertubuhan itu, Euis Sunarti.

Jawatankuasa Parlimen mengadakan rundingan dengan orang awam dan mengambil kira pandangan sarjana agama, pakar perundangan serta kumpulan hak asasi mengenai cara untuk mengubah kanun jenayah apabila ia berkaitan seks luar nikah. – Reuters

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *