Home » Langit Terbuka » Kontroversi filem Padvamati: Pelampau ikrar terus bantah

Kontroversi filem Padvamati: Pelampau ikrar terus bantah

Salah satu babak dari filem Padmaavt atau sebelum ini diberi judul Padvamati.

NEW DELHI 5 Feb. -Nampaknya kontroversi filem Padvamati di India masih belum reda.

Filem mengenai ratu Rajput legenda dibintangi pelakon Bollywood, Deepika Padukone itu mencetuskan bantahan ganas susulan khabar angin bahawa fakta sejarah mengenai filem berkenaan telah diubah suai.

Terbaharu, kumpulan pelampau Rajput, Kerna Sena di Jaipur berikrar akan terus membantah filem arahan Sanjay Leela Bhansali itu sehingga tayangannya di pawagam ditarik balik.

“Kami tidak akan berdiam diri. Selagi filem itu ditayangkan di pawagam, selagi itu kami mengadakan bantahan.

“Kami bantah kerana filem itu telah mengubah fakta sejarah…dan semua orang di Rajput tahu Ratu Rani Padmini tidak pernah menjalin kasih dengan seorang raja Islam,” kata pemimpin kumpulan pelampau itu, Lokendra Singh Kalvi.

Bagaimanapun, ahli sejarah bercanggah pendapat sama ada ratu Rajput itu benar-benar wujud atau sekadar legenda sanskrit di Rajput.

Sebelum ini, satu lagi kumpulan pelampau mengumumkan menawarkan ganjaran 10 juta rupee (RM640,000) untuk sesiapa yang sanggup membakar aktres yang membawakan watak ratu Rajput itu hidup-hidup. – Times of India

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *