Home » Langit Terbuka » Anak Saddam Hussein dalam senarai paling dikehendaki

Anak Saddam Hussein dalam senarai paling dikehendaki

Raghad.

DUBAI 5 Feb. – Perkhidmatan keselamatan Iraq telah mendedahkan “senarai 60 individu paling dikehendaki” oleh negara itu pada Ahad, yang turut menyenaraikan Raghad, anak perempuan sulung Saddam Hussein, lapor agensi berita China Xinhua.

Kesemua 60 individu itu dikehendaki kerana disyaki menganggotai kumpulan militan Daesh, al-Qaeda atau Parti al-Baath.

Menurut saluran TV Al Arabiya milik Arab Saudi, Raghad telah memberikan maklum balas dalam satu temu bual telefon bahawa beliau berikrar akan berdepan dengan orang “yang menghinanya” dengan menyaman mereka.

Raghad telah melarikan diri ke Jordan bersama-sama adik perempuannya, Rana, dan anak mereka pada Julai 2003.

Sejak 2006, beliau telah disenarai sebagai individu yang akan didakwa oleh kerajaan baharu Iraq kerana menyokong keganasan.

Bagaimanapun, kerajaan Jordan telah menolak permintaan Iraq untuk menyerahkan Raghad kepada negara itu, dan menegaskan bahawa perbuatan tersebut akan melanggar tradisi layanan baik Arab kepada tetamunya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *