Home » Langit Terbuka » Perkahwinan sejenis penentu pilihan raya umum?

Perkahwinan sejenis penentu pilihan raya umum?

Perarakan gay yang diadakan di Costa Rica.

COSTA RICA 5 Feb. – Perkahwinan sejenis menjadi antara faktor penentu kemenangan calon pilihan raya umum di Costa Rica.

Presidennya, Luis Guillermo Solis ketika bertemu wartawan antarabangsa selepas mengundi menegaskan Costa Rica perlu membenarkan perkahwinan sejenis.

Calon Evangelical, Fabricio Alvarado sebelum ini membantah kebenaran itu yang menjadi bahan kempen pada pilihan raya umum kali ini.

Daripada 13 calon yang bertanding tidak ada seorang pun yang berjaya memperoleh undi melebihi 17 peratus.

Sekiranya tiada calon yang berjaya memperoleh 40 peratus undi, pilihan raya  pusingan kedua akan diadakan 1 April depan melibatkan dua calon yang mendapat undian tertinggi.

Sebelum ini, mahkamah meminta kerajaan Costa Rica memberikan hak yang sama kepada pasangan gay termasuk isu pengambilan anak angkat.

Pengundi akan memilih 57 calon sebelum pelantikan wakil Parlimen.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *