Home » Langit Terbuka » Najib puji kecekapan Tabung Haji

Najib puji kecekapan Tabung Haji

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kecekapan pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sehingga membolehkan agensi berkenaan mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus selain hibah haji, 1.75 peratus.

Perdana Menteri berkata, nilai yang merangkumi keseluruhan 6.25 peratus itu adalah kompetitif serta lebih tinggi daripada tahun lalu.

“Alhamdulillah, hasil pengurusan cekap, Tabung Haji hari ini isytiharkan hibah tahunan 4.50 peratus dan hibah haji 1.75 peratus untuk jumlah keseluruhan 6.25 peratus, nilai cukup kompetitif serta lebih tinggi daripada tahun lalu,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit selain tambahan hibah haji kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 membabitkan pembayaran sebanyak RM2.7 bilion.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *