Home » Langit Terbuka » Kopi pacak ada dadah

Kopi pacak ada dadah

GEORGETOWN 8 Feb. – Polis mengesahkan ujian sampel air kencing dan darah yang diambil daripada dua mangsa Nepal yang dimasukkan ke wad selepas meminum ‘kopi pacak’, mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata keputusan itu diperolehi hasil laporan yang dibuat Jabatan Kimia, baru-baru ini.

“Kami juga masih menunggu laporan hasil ujian saringan sampel yang diambil daripada mangsa-mangsa lain yang minum minuman itu,” katanya pada sidang media, di sini.

Sejak 27 Januari, tujuh mangsa dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang selepas minum campuran 4-dalam-1 itu, yang menyebabkan mereka menjadi letih dan lemah.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati minuman campuran kopi itu diedarkan secara percuma.

Anuar berkata, polis juga sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti wanita yang mengedarkan paket minuman yang mengandungi dadah di kawasan Jelutong, Selasa lalu.

Sehingga kini, polis menerima lima laporan berhubung mangsa terpaksa mendapatkan rawatan selepas minum minuman jenama yang sama, namun perisa berlainan di antara 30 Januari hingga 3 Februari lalu.

Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan kerana mencampurkan makanan atau minuman untuk jualan dengan benda yang kurang baik. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *