Home » Langit Terbuka » Remaja 17 tahun dicekup main judi ayam

Remaja 17 tahun dicekup main judi ayam

Sebahagian kaki judi yang ditahan dalam sebuan Ops Limau ketika pertaruhan judi sedang berlangsung. Foto Astro AWANI

KUALA KETIL : Bunyi letupan mercun yang dilontar anggota polis mengejutkan segerombolan kaki judi yang sedang leka bertaruh judi sabung ayam di kebun kelapa sawit dekat Kuala Ketil, Kedah malam tadi.

Dalam serbuan jam 7.45 malam itu kaki judi ini bertempiaran lari sebaik menyedari lokasi  mereka diserbu.

Malah ada di antara mereka yang bersembunyi di dalam semak mengelak daripada ditangkap.

Bagaimanapun kelibat mereka berjaya dihidu polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, kesemua 77 lelaki berusia antara 17 hingga 60 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Limau ketika sedang leka bertaruh judi..

“Tempat ini tersembunyi daripada pandangan orang awam, jalan nak masuk pun susah menyebabkan  lokasi ini strategik untuk mengadakan kegiatan judi sabung ayam,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Hasil serbuan polis merampas wang tunai kira-kira RM50,000 termasuk 40 ekor ayam sabung serta pelbagai peralatan untuk  sabung ayam antaranya kelambu, ubat-ubatan ayam, khemah serta pengasah taji..

Turut dirampas sebuah generator, wayar dan lampu serta dadah jenis syabu.

Kesemua suspek di hantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah untuk siasatan lanjut..

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953.. ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *