Home » Langit Terbuka » Sijil halal Malaysia terbaik dan diiktiraf dunia

Sijil halal Malaysia terbaik dan diiktiraf dunia

Malaysia adalah sebuah negara peneraju industri halal.

NILAI – Pensijilan halal Malaysia merupakan antara yang terbaik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, kata Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, dunia kini melihat Malaysia sebagai sebuah negara peneraju kepada industri halal.

Terbaharu katanya, negara Brazil yang mahu memasarkan daging ke pasaran Asia Barat telah diminta untuk mendapatkan pensijilan halal dari Malaysia.

“Negara Asia Barat membenarkan Brazil untuk memasarkan daging di negara mereka dengan syarat negara itu perlulah mendapatkan pensijilan halal daripada kita.

“Sebab itulah, kita kena kekalkan tahap profesionalisme dan piawaian kita di peringkat antarabangsa,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sijil Profesional Eksekutif Halal (PHEP) di sini, hari ini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *