Home » Langit Terbuka » Utamakan pembentukan keluarga daripada berpolitik

Utamakan pembentukan keluarga daripada berpolitik

TIMBALAN Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin (lima kanan) dan Pengasas Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Datuk Dr. Hussamuddin Yaakub (lima kiri) mersamikan Bicara Khas dan Rumah Ngaji UMP 2018 di Masjid UMP,Gambang di Kuantan, Pahang hari ini. - foto : Utusan

KUANTAN 2 Mac – Umat Islam disaran lebih mengutamakan pembentukkan keluarga dengan menjadikan kandungan al-Quran sebagai panduan daripada berpolitik tanpa henti.

Pengasas Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Datuk Dr. Hussamuddin Yaakub berkata, orang Melayu khususnya terlampau banyak berpolitik sehingga kadangkala berlaku perbalahan termasuk disiplin keluarga semakin teruk yang akhirnya tersasar daripada landasan Islam sebenar.

“Dalam usaha kita mahu membentuk ummah yang memiliki minda dan akhlak al-Quran, seharusnya keluarga adalah keutamaan.

“Lelaki sebagai ketua keluarga khususnya perlu bekerja keras memperkukuh ekonomi di samping menerapkan nilai-nilai murni. Bab politik bila tiba pilihan raya pergi sahaja memangkah,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Bicara Khas dan Perasmian Rumah Ngaji di Universiti Malaysia Pahang, kampus Gambang di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin dan  Duta World #QuranHour, Norman Hakim.  –  UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *