Home » Langit Terbuka » Dapat 25 ‘markah’ jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam

Dapat 25 ‘markah’ jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam

Kempen `Punish A Muslim Day' menyasarkan wanita Muslim serta umat Islam di United Kingdom.

KEMPEN lancar serangan terhadap umat Islam di England kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Polis tempatan di daerah West Yorkshire menerima enam laporan berhubung surat yang mempromosikan kempen ‘Hari Menghukum Orang Islam’ atau ‘Punish A Muslim Day’.

Memetik laporan The Independent, surat yang sama turut disebarkan di London dan Birmingham.

Antara kandungan surat tersebut adalah mengenai ganjaran ke atas serangan yang dilakukan terhadap umat Islam.

Ia juga mempunyai ‘sistem markah’ dimana 25 ‘markah’ diberikan kepada mereka yang menarik hijab seorang wanita Islam.

Bagi mereka yang berjaya memusnahkan Mekah, 2500 ‘markah’ akan diberikan.

Pengarah perkhidmatan pengawasan serangan anti-Islam Tell MAMA, Iman Atta, berkata surat berkenaan telah mencetuskan ketakutan dikalangan masyarakat Islam di sana.

“Mereka bertanya sama ada selamat jika anak-anak mereka bermain di luar rumah. Kami telah memberitahu mereka untuk bertenang, dan menelefon pihak polis jika mereka menerima salah satu daripada surat ini,” kata Iman Atta.

Seorang jurucakap polis tempatan berkata belum jelas sama ada terdapat kes jenayah yang berkaitan dengan surat berkenaan. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *