Home » Langit Terbuka » BNM ingatkan orang ramai mengenai platform mata wang kripto

BNM ingatkan orang ramai mengenai platform mata wang kripto

Bank Negara Malaysia menegaskan, mata wang digital tidak sah di Malaysia. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengiktiraf Coinzer, satu platform mata wang kripto.

“Penggunaan logo BNM dan Jata Negara ke atas reka bentuk duit syiling, kertas putih dan laman web https://www.coinzer.co yang dicadangkan adalah tidak sah,” kata bank pusat itu di laman webnya.

BNM menasihati orang ramai untuk berhati-hati dalam menilai risiko yang berkaitan dengan pelaburan dalam mata wang digital.

“Mata wang digital tidak sah di Malaysia.

“Oleh itu, mata wang digital tidak dilindungi pengaturan atau standard pengendalian pasaran berhemat yang terpakai kepada institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *