Home » Langit Terbuka » Negara jiran minat cara Tabung Haji urus jemaah

Negara jiran minat cara Tabung Haji urus jemaah

Setakat ini tiga negara iaitu Indonesia, Filipina dan Kemboja sudah menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan TH.

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan negara jiran dalam memperkasakan lagi pengurusan urusan haji dan umrah rantau ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata, setakat ini tiga negara iaitu Indonesia, Filipina dan Kemboja sudah menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan TH bagi memperkukuhkan pengurusan ibadat berkenaan di negara masing-masing.

“Bagaimanapun perbincangan masih di peringkat awal dan lebih banyak usaha perlu dilakukan sebelum kerjasama itu dapat direalisasikan.

“Selama ini, mereka tertarik dengan kepakaran dan pengalaman TH dalam menguruskan haji dan umrah yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Di pihak kerajaan dan TH, kita tiada masalah untuk bekerjasama atau berkongsi pengalaman kerana apa yang dilakukan bukan untuk keuntungan perniagaan semata-mata sebaliknya atas dasar bantu-membantu sesama negara serantau,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) anjuran Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) di ibu negara, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi IKIAM, Datuk Zahidi Zainul Abidin. BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *