Home » Langit Terbuka » Remaja dipercayai aibkan ‘Pok Ya’ direman tiga hari

Remaja dipercayai aibkan ‘Pok Ya’ direman tiga hari

Dua remaja perempuan ditahan reman bagi siasatan kes mengaibkan seorang lelaki kurang upaya.

KUALA TERENGGANU – Dua remaja perempuan berumur 17 tahun yang terlibat dalam kes aniaya dan mengaibkan orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai ‘Pok Ya Cong Codei’ yang tular di Facebook semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Permohonan reman dilakukan pihak polis di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Mahkamah Sesyen/Majistret Sesyen Kuala Terengganu, Rosila Nik.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Dalam video yang tular semalam, sekumpulan remaja dikatakan mengkhianati Pok Ya Cong Codei  dengan mengikat kedua-dua tangannya sambil membuka seluar lelaki itu dan mencucuh punggungnya dengan api.

Rakaman video selama tujuh saat itu turut memaparkan perbuatan yang mengaibkan lelaki lemah mental itu yang dipercayai dilakukan mereka pada pukul 4 pagi di Pantai Batu Buruk, di sini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *