Home » Langit Terbuka » Zuckerberg janji ‘bersihkan’ kandungan bersifat kebencian dalam Facebook di Myanmar

Zuckerberg janji ‘bersihkan’ kandungan bersifat kebencian dalam Facebook di Myanmar

Facebook dikenal pasti menjadi alat untuk menyebarkan kebencian di Myanmar hingga etnik Rohingya tertindas. - Gambar fail

WASHINGTON: Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg pada Selasa berkata, syarikatnya akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk mengekang kata-kata dan ucapan bersifat kebencian di Myanmar, lapor Reuters.

Perkara itu diumumkan ketika Zuckerberg sedang memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai campur tangan pilihan raya dan ucapan kebencian di platform itu.

Facebook kini berdepan dakwaan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana dikatakan tidak melakukan apa-apa untuk mengekang mesej berunsur kebencian dalam rangkaian media sosial di Myanmar, yang sekarang ini mendominasi sistem komunikasi.

“Apa yang berlaku di Myanmar adalah tragedi yang dahsyat, dan kita harus lakukan yang lebih,” ujar Zuckerberg dalam pendengaran selama lima jam di hadapan Jawatankuasa Perdagangan Senat dan Jawatankuasa Pengadilan Senat.

Lebih daripada 650,000 orang Islam Rohingya telah melarikan diri dari negeri Rakhine, Myanmar berikutan serangan dan penindasan oleh pasukan keselamatan, pada Ogos lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat insiden pembantaian etnik di Myanmar pada bulan lalu berkata, Facebook dikenal pasti menjadi sumber propaganda anti-Rohingya.

Pengerusi Misi Bebas Pencarian Fakta PBB di Myanmar, Marzuki Darusman, pada Mac mendakwa media sosial telah memainkan ‘peranan tertentu’ di Myanmar.

Zuckerberg berkata Facebook telah mengupah ramai lagi penurut bahasa Myanmar untuk memnyingkirkan kandungan yang membawa ancaman.

“Sukar untuk melakukan ini tanpa mereka yang bertutur bahasa tempatan. Kita perlu tingkatkan usaha secara dramatik,” ujar Zuckerberg yang juga meminta kumpulan masyarakat sivil membantu dalam mengenal pasti individu yang patut diharamkan dalam rangkaian itu.

Tambahnya, pasukan Facebook juga akan  membuat perubahan produk di Myanmar dan negara-negara lain yang berdepan masalah keganasan etnik. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *