Home » Langit Terbuka » Jangan berkempen melangkaui batas dibenarkan agama

Jangan berkempen melangkaui batas dibenarkan agama

Suasana kempen pilihanraya umum di Malaysia. (gambar hiasan)

PASIR PUTEH – Calon pada PRU14 ini diingatkan  tidak berkempen melangkau batas agama sehingga meruntuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Dr Asyraf  Wajdi Dusuki  yang memberikan ingatan itu berkata mereka perlu mengawal kata-kata dan tingkah laku dalam berkempen.

“Akhlak Islam  tidak sekali-kali  membenarkan seseorang  dengan sewenang-wenangnya menuduh  dan menghukum orang lain berdosa  sebab itu harus ada sempadan dan batasan (dalam berkempen),”  katanya kepada pemberita selepas melakukan ziarah ke atas penduduk di Kampung Nara di sini, hari ini.

Katanya kemusnahan umat Islam di beberapa buah negara Islam di serata dunia antara lain berpunca daripada persengketaan akibat sangkaan buruk terhadap sesama sendiri.

Beliau berkata ia perlu menjadi iktibar kepada umat Islam di negara ini  supaya lebih bertanggungjawab dengan menjaga akhlak agar  tidak  menerima nasib yang sama.

Asyraf Wajdi ialah calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Pasir Puteh bagi PRU14. – Bernama

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *