Home » Langit Terbuka » Jangan Mendahului Majlis Raja-Raja

Jangan Mendahului Majlis Raja-Raja

Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz

KUALA LUMPUR – Rakyat diingatkan tidak terlalu lantang dalam isu tuntutan kemasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk semua kaum, yang dilihat mendahului Majlis Raja-Raja.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, UiTM ditubuhkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai institusi pendidikan yang dirizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera.

“Jadi kita tidak boleh ‘vocal’ (lantang) sangat dengan isu UiTM. Jangan mendahului Majlis Raja-Raja kerana ia sudah jelas dalam peruntukan undang-undang,” ujarnya, semalam.

Katanya, berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga rizab kuota kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam tiga perkara iaitu pendidikan, ekonomi dan perjawatan awam.

“Bagaimanapun, kita tak boleh nafikan hak orang India juga untuk mendapatkan pendidikan. Dalam Perkara 153 juga meletakkan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kepentingan komuniti lain, selain jaga rizab orang Melayu,” nya.

Katanya, raja-raja dan kerajaan perlu ambil berat soal komuniti lain kerana ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam hubungan etnik.

“Mungkin binalah institusi lain atau polisi lain bagi membolehkan kaum India diberi ruang pendidikan dan ekonomi kerana mereka juga ada hak, tetapi bukan hak untuk menuntut UiTM dibuka kepada mereka,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *