Home » Langit Terbuka » Kerajaan Afghanistan Umum Gencatan Dengan Taliban

Kerajaan Afghanistan Umum Gencatan Dengan Taliban

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani

KABUL – Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hari ini mengumumkan gencatan senjata tanpa syarat buat pertama kalinya dengan kumpulan Taliban namun tidak dengan kumpulan militan lain.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan mesyuarat dengan golongan ulama yang mengeluarkan fatwa menentang pengeboman bunuh diri, minggu ini.

Kumpulan ulama itu turut mencadangkan agar gencatan senjata diadakan dengan Taliban dan dipersetujui Ashraf yang kemudian menetapkan tarikh 20 Jun ini sebagai tarikh kuat kuasa gencatan berkenaan.

Sebelum ini beliau pernah mendesak gencatan senjata dengan Taliban namun ini merupakan tawaran tanpa syarat sejak beliau dilantik pada 2014. – REUTERS

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *