Home » Langit Terbuka » KDN siasat Surah Al-Baqarah disalah cetak

KDN siasat Surah Al-Baqarah disalah cetak

Surah Al-Baqarah yang disalah cetak. - UTUSAN

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tular dalam media sosial bahawa terdapat aplikasi al-Quran yang menerbitkan Surah Al-Baqarah yang disalah cetak diminta membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan dan Penguatkuasaan Unit Pengurusan al-Quran KDN, Jafri Abdullah berkata, sesiapa yang mempunyai cetakan al-Quran tersebut sama ada dalam bentuk tradisional atau digital diminta menghantar kepada pihak KDN untuk siasatan dan tindakan lanjut kepada penerbit.

“Saya dapati al-Quran ini tidak menggunakan kaedah Rasm Uthmani yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Percetakan al-Quran KDN, justeru al-Quran ini tiada kelulusan Lembaga kami.

“Kesalahan pada cetakan ini amat besar dan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 14, Akta Percetakan al-Quran (APTQ) 1986,” katanya.

Beliau mengulas lanjut mengenai potongan Surah Al-Baqarah yang disalah cetak dan mula tersebar hari ini menerusi aplikasi WhatsApp.

Mngulas lanjut, Jafri menasihatkan agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar surah berkenaan agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.

“rang awam perlu pastikan al-Quran yang dibeli atau digunakan mempunyai cop kelulusan Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Percetakan al-Quran KDN,” katanya. -UTUSAN

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *