Home » Langit Terbuka » USM ranking ke-14 universiti muda terbaik dunia

USM ranking ke-14 universiti muda terbaik dunia

GEORGETOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki ranking ke-14 dalam senarai 50 universiti muda terbaik dunia 2018 menurut Quacquarelli Symonds (QS).

USM sebelum ini menduduki kelompok 23 terbaik dunia dalam penarafan universiti muda di bawah 50 tahun iaitu ‘QS Top 50 under 50’ iaitu pertama kali tersenarai pada 2016 dalam kalangan universiti muda dan ia juga merupakan antara tiga Universiti Awam (UA) terbaik daripada empat UA Malaysia bagi senarai terbaru 2019.

Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata, pencapaian ketara itu adalah hasil berterusan universiti membuat penambahbaikan dalam dasar universiti, sejajar dengan semangat menjadikan USM sebagai universiti pilihan.

Asma menggambarkan pencapaian ini sebagai ‘prestasi terbaik universiti’.

“Kami hanya ketinggalan beberapa langkah dinobatkan dalam kelompok 10 universiti muda terbaik dunia dan saya percaya ini adalah pencapaian terbesar. Kami sedar tentang persaingan sengit yang perlu dihadapi dan peningkatan terbaik ini turut membuktikan Malaysia mempunyai institusi pengajian tinggi bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, dalam kedudukan terbaru QS World University Ranking 2019 (QS-WUR 2019), yang dikeluarkan pada awal Jun 2018, menunjukkan kedudukan USM bertambah baik dikedudukan ke-207 berbanding 264 tahun sebelumnya.

Hakikatnya, USM telah membuat lonjakan 57 anak tangga memperbaiki kedudukannya dalam QS-WUR 2019 membuktikan USM adalah antara 21 peratus universiti terbaik daripada 1,011 institusi yang dinilai di seluruh dunia untuk senarai ranking 2019. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *