Home » Langit Terbuka » Rohingya: Lebih Banyak Tekanan Dikenakan Ke Atas Myanmar

Rohingya: Lebih Banyak Tekanan Dikenakan Ke Atas Myanmar

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata Bank Dunia akan meneruskan sokongan mereka terhadap Bangladesh berhubung isu Rohingya

DHAKA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan meletakkan lebih banyak tekanan ke atas Myanmar supaya negara itu memahami apa yang perlu mereka lakukan terhadap isu Rohingya.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata demikian ketika bertemu dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina di pejabatnya.

Katanya, PBB dan Bank Dunia akan meneruskan sokongan mereka terhadap Bangladesh berhubung isu Rohingya.

Guterres berkata, komuniti antarabangsa turut menghargai Kerajaan Bangladesh yang memberi perlindungan kepada Rohingya.

Tambahnya, Bank Dunia telah membantu dalam menangani masalah Rohingya di Bangladesh.

Sheikh Hasina memberitahu, kemasukan Rohingya ke negaranya sejak tahun 1977 dan Bangladesh telah memberi perlindungan kepada 1.1 juta Rohingya hanya atas dasar kemanusiaan dan pelbagai perkhidmatan, termasuk penjagaan kesihatan.

Kerajaan Bangladesh juga sedang menyediakan sebuah pulau untuk memindahkan sekitar 100,000 Rohingya supaya mereka akan menjalani hidup yang lebih baik dan peluang mencari mata pencarian. – MALAYSIAGAZETTE

https://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/07/02/lebih-banyak-tekanan-dikenakan-ke-atas-myanmar/

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *