Home » Langit Terbuka » Langkah Segera Tangani Penularan HFMD Di Pulau Pinang

Langkah Segera Tangani Penularan HFMD Di Pulau Pinang

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata arahan yang sama turut dikeluarkan kepada semua pengarah hospital di Pulau Pinang

KUALA SELANGOR – Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia telah diarah menjalankan siasatan dan langkah segera bagi mengawal dan menangani jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Pulau Pinang.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata arahan yang sama turut dikeluarkan kepada semua pengarah hospital di Pulau Pinang.

“Bahagian Kawalan Penyakit sedang memberi tumpuan terhadap isu ini, usaha yang perlu sekarang adalah elakkan penularannya, difahamkan kini lebih 1,500 kes dilaporkan mengenai penyakit itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri peringkat Parlimen Kuala Selangor, di sini, semalam.

HFMD adalah penyakit disebabkan virus dan antara gejalanya ialah demam, ruam di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut serta lidah.

Pada Jumaat lepas, anggota Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang Dr. Afif Bahardin berkata 1,555 kes HFMD berlaku di negeri berkenaan antara Januari hingga 4 Julai tahun ini berbanding 1,050 kes bagi tempoh sama pada 2017 – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *