Home » Langit Terbuka »  Taklimat Khas SPRM Bersama Jemaah Menteri Selasa Ini

 Taklimat Khas SPRM Bersama Jemaah Menteri Selasa Ini

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata taklimat ini merupakan agenda yang bukan sekadar untuk mengingatkan kami agar tidak terlibat langsung dengan rasuah tapi juga panduan sebagai menteri

PASIR SALAK – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengadakan satu taklimat khas bersama barisan Kabinet serta pegawai tinggi semua kementerian, Selasa ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata beliau difahamkan taklimat yang dijangka diadakan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 9.30 pagi itu, juga akan melibatkan setiausaha politik serta setiausaha kanan setiap kementerian.

“Taklimat ini merupakan agenda yang bukan sekadar untuk mengingatkan kami agar tidak terlibat langsung dengan rasuah tapi juga panduan sebagai menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Sungai Manik serta Jamuan Aidilfitri di Arena Square Chenderong Balai dekat sini hari ini.

Pada sidang media kemudiannya, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menjelaskan panduan dimaksudkannya itu termasuk kuasa seorang menteri untuk membantu kerajaan memerangi rasuah sehingga ke peringkat akar umbi. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *