Home » Citra Yadim » YADIM Sabah berkunjung ke NIOSH

YADIM Sabah berkunjung ke NIOSH

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cawangan Sabah hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke National Institute Of Occupational Safety and Health (NIOSH)  atau Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara Wilayah Sabah.

Dalam pertemuan ini, Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki, telah mengadakan pertemuan dengan Pengurus Wilayah Sabah NIOSH,  Wan Sarman Sakan untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk untuk mengadakan kolaborasi program.

“YADIM Zon Sabah akan berkolaborasi dengan NIOSH dalam memberi pendidikan kepada masyarakat umum termasuk pelajar-pelajar agar sentiasa mementingkan aspek keselamatan dalam pekerjaan seharian,’’ kata Samin.

Beliau berkata,  kolaborasi ini diharapkan  membantu usaha mengurangkan kadar kemalangan serta kematian di tempat kerja.

Jelasnya, paling menyedihkan kadar kemalangan semasa usia muda di tempat kerja semakin meningkat berpunca dari kecuaian pekerja,  kurang pengetahuan menghadapi risiko dan pengabaian oleh majikan.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *