Home » Citra Yadim » Kem Khalifah Muda: YADIM Zon Utara bentuk generasi pemimpin muda

Kem Khalifah Muda: YADIM Zon Utara bentuk generasi pemimpin muda

KULIM – Program Kem Khalifah Muda telah berjaya dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara pada 20 Ogos lalu, sebagai kesinambungan siri program pembentukan pemimpin muda yang pernah dijalankan sebelum ini.

Program berkenaan telah diadakan di Kem PLKN Bukit Besar, Kulim melibatkan seramai 100 pelajar dna pemimpin muda.

Pemangku Pengarah YADIM Zon Utara, Ustaz Zuhri Hussin berkata,  keperluan mengadakan program seperti ini adalah untuk membina generasi pemimpin masa hadapan.

“Sememangnya banyak agensi lain yang mengadakan program seperti ini, namun YADIM tidak mahu bersikap lepas tangan kerana antara misi YADIM ialah melahirkan khairu ummah yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Beliau berkata, generasi masa kini adalah lambang kekuatan negara ada masa akan datang dan ia boleh dilihat daripada peristiwa-peristiwa bersejarah seperti kejatuhan Andalusia sebagai pengajaran yang bermakna.

Menurutnya, keruntuhan sebuah empayar yang gagah itu, berpuncar daripada kegagalan  mempersiapkan genegerasi muda yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.

Melalui program Khalifah Muda, antara modulnya termasuk induksi, latihan dalam kumpulan serta ceramah motovasi.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *