Home » Citra Yadim » Jom Muamalah YADIM & Matic Berselawat

Jom Muamalah YADIM & Matic Berselawat

KUALA LUMPUR – YADIM, Malaysian Tourism Centre (Matic) dan Rabbani Productions mempelawa kepada semua khususnya masyarakat kota dan agamawan untuk hadir menyertai program Jom Muamalah YADIM & Matic Berselawat yang diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan ini.

Program ini akan diadakan pada 30 Ogos 2018 (Khamis ini) di Matic Jalan Ampang pada jam 8.30 pagi hingga 12 malam.

Ini merupakan julung kalinya program berbentuk kolabrasi yang diadakan oleh MATIC di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama YADIM dan Rabbani Production.

Ia merupakan idea bersama antara YADIM dan Matic. Antara objektif program adalah untuk menjalankan dakwah bil hal YADIM. Turut diadakan pada program ialah program bicara ‘Keluarga Sakinah’ selain bakal diperkenalkan kepada khalayak kumpulan I Buskers YADIM.

YADIM juga akan melancarkan kempen Infaq RM5 bagi mengajak orang ramai menderma untuk kegiatan dakwah YADIM.

Sepanjang program, turut disediakan booth booth yang akan mempamerkan pelbagai aktiviti YADIM.

Kemuncak program pada malam tersebut ialah acara Berselawat Perdana dan Tausiyyah Kemerdekaan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Y.Bhg Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *