Home » Langit Terbuka » 95 peratus pengganas Daesh direkrut menerusi media sosial

95 peratus pengganas Daesh direkrut menerusi media sosial

Media sosial memainkan peranan besar dalam usaha Daesh merekrut ahli baharu di negara ini, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kumpulan pengganas Daesh menggunakan media sosial untuk menyebarkan ideologi sekali gus merekrut ahli baharu di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hal itu terbukti apabila 95 peratus daripada pengganas Daesh yang ditahan di negara ini direkrut menerusi media sosial terutamanya Facebook.

“Media sosial memainkan peranan besar dalam usaha Daesh merekrut ahli baharu di negara ini.

“Bagaimanapun usaha untuk mengekang perkara tersebut agak sukar kerana mereka sentiasa mewujudkan akaun media sosial baharu sekiranya ditutup,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Simposium Antarabangsa Counter Terrorism dan Profesional Keselamatan (IACSP) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut mengesahkan terdapat cubaan militan Daesh untuk merekrut warga Rohingya yang semakin bertambah di negara ini.

“Sebelum ini, terdapat empat kes dilaporkan membabitkan warga Rohingya terlibat dalam aktiviti keganasan dan telah diusir ke negara asal mereka.- Utusan Malaysia.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *