Home » Langit Terbuka » Kerajaan kaji semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM

Kerajaan kaji semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM

Perdana Menteri berkata, pelantikan Menteri Pendidikan telah mendapat pelbagai reaksi masyarakat dan kerajaan sensitif terhadap reaksi berkenaan

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji semula pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Perdana Menteri berkata, pelantikan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi masyarakat dan kerajaan sensitif terhadap reaksi berkenaan.

Beliau menegaskan, pelantikan itu bukan satu keputusan yang tidak boleh diubah.

“Ramai orang bagi pendapat. Dan kita juga sensitif dengan reaksi itu. Jadi kita telah buat keputusan untuk mengkajinya semula.

“Ini bukannya “carved in stone’ (tidak boleh diubah),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor hari ini.

Rabu lalu, UIAM mengesahkan pelantikan Maszlee sebagai Presiden (UIAM yang ketujuh selama tiga tahun selepas diberi perkenan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan itu bagaimanapun mendapat kecaman pelbagai pihak kerana ia bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *