Home » Citra Yadim » YADIM adakan pertemuan dengan Setiausaha MAINS

YADIM adakan pertemuan dengan Setiausaha MAINS

SEREMBAN – Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Y.Brs Ustaz Mohd Zaidi Ramli, hari ini (12 September) telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Y.Bhg Datuk Kamal Amran Kamarudin.

Pertemuan tersebut membincangkan aktiviti aktiviti dakwah yang boleh dilaksanakan YADIM di Negeri Sembilan.

Antara perkara yang diketengahkan ialah mengenai Penggerak Dakwah YADIM Zon Tengah, program dakwah YADIM Zon Tengah yang turut meliputi Negeri Sembilan selain dakwah dari aspek orang muda.

Tidak lupa dibincangkan ialah mengenai Tabung Dana Dakwah YADIM yang akan digunakan untuk membiayai segala aktiviti dakwah YADIM.

Pertemuan ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM, Tuan Abi Said Al Khudri bin Hussin, serta Ustaz Mohd Firdaus Rusli, Pegawai Khas Timbalan Yang Dipertua YADIM.

Ustaz Mohd Zaidi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Mufti Negeri Sembilan.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *