Home » Langit Terbuka » SPRM papar senarai pengisytiharan harta pemimpin kerajaan bermula 1 Oktober

SPRM papar senarai pengisytiharan harta pemimpin kerajaan bermula 1 Oktober

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM berkata, langkah itu seiring arahan Perdana Menteri yang mahukan semua wakil rakyat bersikap telus dan bebas rasuah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota kabinet dan anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) di portal suruhanjaya itu bermula 1 Oktober ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata ini seiring arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat bersikap telus dan bebas rasuah.

“Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,” katanya selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio untuk memperkenalkan rancangan bual bicara SPRM 360, di sini.

Menurutnya kesemua anggota kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytiharan itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik di portal suruhanjaya.

Mengulas lanjut, Shamsun Baharin berkata setakat pihaknya belum menerima senarai penuh pengisytiharan berkenaan.

Katanya SPRM dimaklumkan kesemua anggota pentadbiran dan mereka yang berkenaan harus mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.

“Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Okt nanti kita akan lihat siapa yang sudah melaksanakan pengisytiharan harta itu,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *