Home » Citra Yadim » Motivasi pelajar SMK Presint 11 (2)

Motivasi pelajar SMK Presint 11 (2)

PUTRAJAYA – Selaras dengan misi menyampaikan dakwah kepada semua golongan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menerusi Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakatnya (BKKM), telah menjalinkan kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (2).

Melalui kerjasama berkenaan, satu program motivasi pelajar telah diadakan pada 18 September yang melibatkan 300 pelajar sekolah berkenaan.

Program yang berobjektifkan memberi pengetahuan jatidiri Muslim era baru menerusi konsep sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW itu, diselaraskan oleh Ustaz Muzammil Musbah, Eksekutif Kanan Unit Sosial , BKKM YADIM.

 

Turut menjadi pengisian ialah cabaran mendepani fitnah media masa kini.

Sementara itu, turut terlibat ialah Ustaz Idzhar Jumali, Pakar Motivasi dan artis nasyid kumpulan Nowseeheart, selain penglibatan kumpulan Busker YADIM.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *