Home » Langit Terbuka » Video perpisahan guru besar sekolah agama tular

Video perpisahan guru besar sekolah agama tular

Klip video itu yang menampilkan barisan guru sekolah itu selain berlakon, mereka turut menari dengan alunan muzik dari filem Hindustan terkenal Kuch Kuch Hota Hai, Sa Janji Ghar Aayee - Sinar Harian

KULAI – Sebuah klip video sempena dengan persaraan Guru Besar Sekolah Agama Taman Kota Kulai, Ustazah Mariam Mokmin, baru-baru ini menjadi viral di laman sosial Facebook.

Klip video itu yang menampilkan barisan guru sekolah itu selain berlakon, mereka turut menari dengan alunan muzik dari filem Hindustan terkenal Kuch Kuch Hota Hai, Sa Janji Ghar Aayee.

Namun begitu, lirik muzik tersebut diterjemahkan mengikut kesesuaian tema persaraan oleh Lenskahfi yang juga orang kuat di sebalik video itu.

Apa yang lebih menarik lagi, tarian di sebalik video berbentuk santai itu merupakan cetusan idea  dari tenaga pengajar sekolah itu, Ustaz Muhd Azim Othman.

https://www.youtube.com/watch?v=VBnozGmcybI

Sehingga malam semalam, video  yang disiarkan  mendapat lebih 2000 komen selain mendapat pujian daripada netizen kerana ia bukan sahaja kreatif, menghiburkan malah menjaga batas agama. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *