Home » Langit Terbuka » Rakyat Yaman berdepan ancaman kebuluran

Rakyat Yaman berdepan ancaman kebuluran

Penyelaras Kemanusiaan PBB di Yaman, dalam satu kenyataan berkata, kejatuhan nilai mata wang tempatan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang terpaksa dihadapi rakyat Yaman

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran dan kebimbangan terhadap empat juta rakyat Yaman yang berkemungkinan berdepan ancaman kebuluran sekiranya krisis kemanusiaan di negara itu berlanjutan.

Penyelaras Kemanusiaan PBB di negara itu, Lise Grande dalam satu kenyataan berkata, kejatuhan nilai mata wang tempatan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang terpaksa dihadapi rakyat Yaman.

Grande berkata, setakat ini Program Makanan Sedunia (WFP) menyediakan bantuan makanan bulanan kepada kira-kira lapan juta orang yang menderita kebuluran melampau.

“Jika nilai wata wang Riyal (Yaman) terus menurun, dianggarkan 3.5 juta hingga 4 juta orang akan berdepan ancaman kebuluran yang sama,” katanya.

Katanya, harga komoditi meningkat dengan ketara dalam tempoh empat minggu lalu disebabkan penurunan pesat nilai mata wang tempatan.

“Harga makanan naik sebanyak 11 peratus, sementara bahan api meningkat sebanyak 45 peratus pada September lalu.

“Ia menyukarkan keadaan kami dan menggugat program bantuan untuk rakyat negara ini, kecuali dengan memulihkan kembali nilai riyal,” katanya.

Grande menegaskan, Yaman adalah antara negara menderita krisis kemanusiaan terteruk di dunia, dengan rakyatnya kini berdepan ancaman kematian.

Minggu lalu, mata wang Yaman jatuh di tahap paling rendah dalam sejarahnya iaitu 760 riyal berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).- Ismaweb

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *