Home » Langit Terbuka » Mufti tegur drama ‘Isteri untuk Disewa’

Mufti tegur drama ‘Isteri untuk Disewa’

Mufti Wilayah Persekutuan betrkata, beliau sedang menyiapkan surat terbuka untuk Pengarah Drama Isteri Untuk Disewa

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkefli al Bakri menulis surat kepada Pengarah, Osman Ali berkenaan drama arahannya berjudul ‘Isteri untuk Disewa’.

Drama Isteri untuk Disewa sebanyak 24 episod itu kini sedang ditayangkan di Asto Ria dan Ria HD setiap Isnin sehingga Khamis.

Dr Zulkifli berkata, beliau berkesempatan menonton drama yang dilakonkan oleh Fattah Amin dan Tiz Zaqyah itu semalam.

“Semalam setelah selesai solat Isyak, saya sengaja mengambil peluang menonton drama Isteri Untuk Disewa.

“Ada mustafti yang bertanya tentang beberapa isu fiqh dalam drama ini. Insya Allah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini,” katanya.

Beliau menulis status yang dimuat turun di Facebook milik beliau semalam tanpa menyatakan sebab surat terbuka itu dikirimkan.

Drama Isteri untuk Disewa itu adalah adaptasi daripada novel tulisan Syamnuriezmil manakala penulis skrip oleh Mimie Zakaria dan Farah Izzati.

Selain Fattah dan Tiz Zaqyah antara pelakon lain turut melakonkan watak dalam drama itu adalah Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman, Badrul Muhayat, Aleza Shadan. – MalaysiaGazette

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *