Home » Citra Yadim » Maulidur Rasul Bersama Maahad Tahfiz Al Mawaddah

Maulidur Rasul Bersama Maahad Tahfiz Al Mawaddah

PUTRAJAYA – Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul baru baru ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul Bersama Maahad Tahfiz Al Mawaddah.

Majlis yang diadakan di Bilik Latihan YADIM di sini disertai oleh hampir 50 kakitangan badan dakwah ini selain pelajar pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Pengurusan Dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman serta Pengurus Besar Operasi YADIM, Ustaz Mohd Khairull Fuad Samsudin.

Ia merupakan anjuran bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM),. Bahagian Khidmat Komuniti Dan Masyarakat (BKKM), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dan Unit Dakwah Siber (UDS).

Ia dimulakan dengan bacaan al Quran oleh Ustaz Mohd Khamis Bin Mohamad Sani.

Antara pengisian majlis ialah alunan Qasiah dan Tausiyyah Maulidur Rasul serta bacaan selawat.

Turut diadakan ialah sumbangan rehal kepada Maahad Tahfiz Al Mawaddah.

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *