Home » Langit Terbuka » Fuziah sangkal dakwaan vaksin tidak halal

Fuziah sangkal dakwaan vaksin tidak halal

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, berbeza dengan makanan yang memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, vaksin pula diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia. - Foto The Star

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini bermaksud vaksin digunakan selama ini tidak sah daripada hukum syarak.

Beliau berkata, berbeza dengan makanan yang memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), vaksin pula diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Apabila bercakap tentang vaksin, kita bercakap berkenaan kandungan digunakan. Ia tidak termasuk di bawah Jakim sebaliknya ada akta lain di bawah farmasi.

“Walaupun vaksin mempunyai elemen meragukan, hukumnya adalah harus kerana pengambilannya penting demi kemaslahatan ummah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kad Rawatan Asnaf dan Kad Ibu Susuan di Hospital Pusrawi di sini hari ini.

Sehubungan itu, Fuziah berkata, pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini adalah sebagai satu langkah alternatif, sekali gus menjadi sumbangan terbesar kepada umat Islam secara keseluruhannya. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *