Home » Langit Terbuka » Sambutan Hari Pahlawan September ini

Sambutan Hari Pahlawan September ini

Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan dijadualkan pada jam 8.30 pagi, 19 September di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya; manakala khutbah khas dan solat Jumaat pada 20 September di Masjid Negara. - Foto Selangorkini

PUTRAJAYA – Penganjuran acara Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 di peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan.

Majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan itu akan diadakan pada jam 7.10 malam, 18 September di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat Perbarisan dijadualkan pada jam 8.30 pagi, 19 September di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya; manakala khutbah khas dan solat Jumaat pada 20 September di Masjid Negara.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, perubahan tarikh penganjuran majlis itu daripada tarikh perisytiharan asal pada 31 Julai adalah untuk memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *