Home » Langit Terbuka » Kementerian Kesihatan siasat gula-gula Ghost Smoke

Kementerian Kesihatan siasat gula-gula Ghost Smoke

Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di bawah kementerian itu sedang menyiasat isu penjualan Ghost Smoke secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kata Menteri Kesihatan - Foto Kosmo

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan sudah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di bawah kementerian itu sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Ia (penjualan gula-gula Ghost Smoke) adalah sesuatu yang mengejutkan terutama cara ia dipasarkan dalam kalangan pelajar sekolah.

“Perkara ini sudah kita perhatikan dan akan mengambil tindakan segera. Kita tidak akan membenarkannya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program Neuropsychiatry Masterclass 2019 di sini, hari ini (22 Julai).

Yang turut hadir, Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Dr Heric Corray.

Semalam, media melaporkan kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Papar, Mohd Fauzi Sahat, berkata beliau mendapati gula-gula itu dijual secara berleluasa di daerah di Papar, Sabah, yang dibeli pelajar sekolah.

Katanya, selain Papar, gula-gula berkenaan juga dikatakan turut dijual secara berleluasa di daerah lain termasuk di Kota Kinabalu dan kebanyakannya dibawa dari luar sekolah oleh murid.

Ditanya sumber gula-gula berkenaan, Dzulkefly berkata, beliau belum mendapat dan laporan dan akan menyiasat mengenainya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *